Friday, 2 November 2012

Graduan perlu buka minda

Artikel yang dipetik dari Harian Metro bertarikh 28 Oktober 2012.

ditulis oleh : Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my

JIKA dulu graduan dengan keputusan cemerlang sering menjadi pilihan majikan, senario alaf baru menyaksikan graduan bertahap sederhana pula laku seperti goreng pisang panas.
Meskipun dengan keputusan cemerlang, bukan semua bernasib baik malah ada juga terpaksa berhempas pulas bersaing dengan ribuan graduan lain mencari pekerjaan.
 
Adakah senario ini isyarat bahawa keputusan cemerlang bukan lagi jaminan graduan itu tidak akan bergelar ‘penganggur terhormat’?

Atau adakah dunia pendidikan dan kerjaya hari ini sebulat suara tidak mementingkan lagi keputusan cemerlang sebagai syarat utama menawarkan pekerjaan sebaliknya perlu diseimbangkan dengan kehendak semasa?

Ketua Program Komunikasi dan Pengarah Kewartawanan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Siti Suriani Othman, berkata trend majikan kini lebih mengkhusus kepada mereka yang berkemahiran serta memiliki personaliti positif menjadikan graduan biarpun mempunyai keputusan cemerlang sebagai pilihan kedua.

Beliau berkata, keputusan atau ijazah bukan lagi jaminan mereka mudah diterima bekerja andai kata tidak memiliki kriteria dikehendaki seperti pandai berkomunikasi, berani dan penuh idea.

“Jika memiliki ijazah dengan keputusan cemerlang, ia masih belum mencukupi untuk menambat hati majikan yang hari ini begitu selektif memilih pekerja.

“Dulu, golongan ini memang menjadi pilihan dan larisnya seperti goreng pisang panas. Kini, keadaan berbeza kerana dunia pekerjaan juga sudah semakin mencabar dan kompetitif.

“Majikan bukan lagi mencari seorang pekerja yang hanya tahu menurut perintah semata-mata namun lebih kepada mereka yang mempunyai jiwa perjuangan supaya sama-sama boleh memajukan syarikat,” katanya.

Justeru, tidak usah hairan jika graduan yang memiliki keputusan cemerlang sukar bersaing mendapatkan pekerjaan berbanding mereka yang hanya mempunyai kelayakan sederhana seperti sijil atau diploma.

“Sekeping ijazah dan keputusan cemerlang bukan lagi penanda aras graduan itu berkebolehan melaksanakan tugasan sebaliknya majikan mencari sesuatu yang ‘istimewa’.

“Contohnya, personaliti calon pekerja yang sentiasa optimis, pandai berkomunikasi dengan baik serta peka cabaran sekeliling. Dengan kata lain, bukan seperti robot yang diprogramkan.

“Diakui, bukan semua graduan cemerlang seperti itu tapi kebanyakan memang begitu kerana dunia mereka dihabiskan untuk pencapaian akademik tanpa mengimbangi dengan keperluan sosial dan kemahiran,” katanya.

Katanya, hari ini kita jarang mendengar kesukaran graduan diploma atau sijil memperoleh pekerjaan sedangkan lambakan graduan berijazah sentiasa berlaku.

“Hakikatnya, kita perlu melihat senario ini sebagai satu isyarat tegas dari dunia pekerjaan bahawa ada kriteria lain ditetapkan sebelum seseorang itu ditawarkan kerja. Dan, syarat itu perlu diikuti tanpa kompromi.

“Justeru, graduan perlu membuka minda supaya tidak lagi menganggap akademik sebagai nyawa kejayaan sebaliknya kemahiran lain juga asas pemilihan,” katanya.

Biarpun bukan semua graduan cemerlang berdepan risiko itu terutama dari bidang kritikal, peningkatan jumlah graduan berijazah saban tahun dikhuatiri mampu menimbulkan masalah berpanjangan.

Berbanding graduan sijil atau diploma atau mereka yang berkelayakan sederhana namun aktif, peluang untuk meneroka pasaran kerjaya lebih luas hasil daripada kemahiran dimiliki.

Kemahiran itu, katanya, banyak membantu mereka merencanakan masa depan dengan baik dan menjadi bonus menampilkan keyakinan diri sekali gus menjadi aset menarik mata majikan.

“Sebab itu, di institusi sangat ditekankan pelbagai aktiviti yang lari dari konsep akademik dan peperiksaan seperti khidmat komuniti dan kelab.

“Penubuhannya bukan sekadar suka-suka sebaliknya membantu mahasiswa meneroka potensi diri juga sebagai persediaan sebelum menempuh alam pekerjaan.

“Malangnya, bukan semua mahasiswa tahu kepentingan kemudahan itu sebaliknya menganggap buku dan peperiksaan lebih penting manakala kemahiran jatuh nombor dua,” katanya.

“Bukan kata tidak penting tapi perlu diselarikan dengan kemahiran sebab sekarang majikan memang mencari calon berkemahiran demi memenuhi tuntutan kerjaya globalisasi.

“Kemahiran adalah aset paling mahal bagi majikan hari ini dan sudah tentu mereka mengkehendaki dan akan menjaganya dengan baik,” katanya.

Ditanya mengapa tiada masalah bagi graduan sijil dan diploma, katanya, golongan terbabit memang sudah disediakan bagi tujuan pasaran pekerjaan.

“Sebab itu, permintaan keduanya lebih laris. Tapi tidak bermakna mereka juga tidak berdepan cabaran mencari pekerjaan tapi jarang mendengar mereka menganggur.

“Ubahlah stigma bahawa dengan sekeping ijazah dan keputusan cemerlang, anda akan menjadi pilihan. Kini semuanya mempunyai peluang sama rata.

“Yang penting, bagaimana kita menampilkan diri untuk memikat hati majikan dengan kemahiran sedia ada. Justeru, masih belum terlewat mengubah stigma sedia ada,” katanya.

Monday, 24 September 2012

~Perasaan~

Assalamualaikum..

Hai semua...

Sudah agak lama menyepikan diri..hanya menjadi pemerhati kepada bloger2 yang aktif...kadang2 membaca untuk mencari idea pada setiap situasi yang berlaku...Kadang2 tiada idea apa yang harus dicoretkan...biarlah berbicara hanya bila perlu...

Alhamdulillah, usia perkhawinan hampir 5 bulan...(baru 5 bulan) tapi perjalanan hidup lancar..hidup berumah tangga ni perlu banyak bertolak ansur...perlu ada timbang tara...perlu sesuaikan dengan apa yang ada....Diri ini rasa sgt beruntung dan bertuah kerana Allah telah menganugerahkan seseorang yang sangat memahami dan sempurna sifatnya...apa yang perlu adalah diri ini perlu untuk berubah untuk keluarga...

Tidak pernah terbayang untuk mengakhiri zaman bujang dengan cepat kerana masalah2 yang datang..tapi ketentuan Ilahi telah membuktikan yang Dia telah menetapkan yang terbaik untuk hambaNya..cuma sebagai hambaNya jangan cepat untuk mengalah dan berputus asa...kini Dia telah memberikan apa yang hambaNya mohon..teringat kata2 bahawa "Allah tidak memberikan apa yang kita mohon dengan cepat kerana untuk menguji kesabaran hambaNya".

Semoga kita terus menjadi hamba Allah yang bertakwa. Semoga Iman dan Amal kita diterima oleh-Nya...Semoga kita mendapat rahmat dari-Nya...

Sekian.


~shedone~

Wednesday, 4 July 2012

~Reception 1~

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Entry ini merupakan sambungan daripada entry ~Pernikahan~...huhuhu...

Tanggal 28 April 2012 (Sabtu) berlangsunglah majlis persandingan antara saya dan pasangan bertempat di Dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth...Majlis bertemakan kuning (atas permintaan mak tok, kami cari jugak warna kuning)....secara tidak sengaja, majlis kami ni seolah2 telah memberi sokongan kepada perhimpunan Bersih..(kami x sokong pun ok...kami dah pilih tarikh dan warna terlebih dahulu..rasanya BERSIH tu nak support our wedding kot)...

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar..cuaca pada hari tu pon x la panas sgt..ada hujan sikit2..so cuaca memang sangat best...sebelum saya nak berkongsi gambar sekitar majlis tu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada keluarga kedua-dua belah pihak, kawan2 yang datang dari jauh bagi meraikan majlis kami....Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik kalian...

Jom check gambar sekitar majlis....


dipersembahkan silat sebelum melangkah masuk ke dewan....


berarak masuk ke dewan....


pelamin kami...(dengan bestfriend masing2)


santapan beradap...( yang sebelah kanan saya tu ayah dan mak saya)


yey...saya telah menjadi suami...

ok la ye..sehingga berjumpa lagi..

bubbye...

~shedone~

Wednesday, 27 June 2012

~Pernikahan~

Assalamualaikum...

Lama x bersua di laman ni...nak kata sibuk x sangat..tapi tersangat malas untuk meng'update' blog..
ok....kita mulakan dengan apa yang nak diceritakan...

Alhamdulillah..hari ni 27 Jun 2012 maka genaplah 2 bulan saya mendirikan rumah tangga...dah 2 bulan rupanya saya bergelar suami orang...

27 April 2012 (Jumaat) lebih kurang jam 11.00 pagi maka sahlah saya bergelar suami kepada Tengku Munira binti Tengku Izhar. Majlis akad diadakan di Masjid Jamek, Jalan Baru, Butterworth..(sebelah rumah pengantin perempuan ok..) jom tgk sikit gambar sekitar majlis akad....

dah jabat tangan tok kadi....

isteri saya..lawa kan...

setakat ni dulu ye...susah nak upload banyak2 gambar..sehingga bertemu lagi....


Friday, 20 April 2012

gementar..takut..ketaq....

Assalamualaikum....

Post terakhir sebelum aku nak bercuti panjang...untuk apa ek???
mesti la untuk my big day...adoiyai....
lebih kurang satu minggu dari sekarang aku akan bertukar status ke suami orang...betul ke ni???memang betul la...so aku kena banyak betulkan diri...mesti lagi bertanggungjawab dari sekarang..(sekarang pon dah bertanggungjawab k..)
dua tiga hari ni asyik dapat pertanyaan, x nervous ke???
jawapan akau..biasa ja...setakat ni x rasa lagi...(mungkin jugak ayat cover...)
tapi aku dah makin rasa debaran untuk hari 27 April 2012....

27 April 2012 jam lebih kurang 1030 pagi aku akan dinikahkan di masjid Jalan Baru, Seberang Perai, Penang...
Semoga segala urusan dipermudahkan...
Kepada semua, jemput ye ke majlis kami pada 28 April 2012 di Dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth dan pada 1 Mei 2012 di kediaman hamba 12- A1, Kg, Pulau Bidin, Mk Telaga Mas, 06400 Pokok Sena, Kedah...

Bubbye...

~shedone~

Wednesday, 4 April 2012

tada.....

jom tgk ape yang aku dah buat sepanjang aku menyepikan diri....


aku dah berjaya menyiapkan kad perutusan raja sehari....kad tersebut telah selamat diedarkan dan hanya menghitung hari pertabalannya sahaja...

Wednesday, 28 March 2012

30 Days

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah yang menciptakan seluruh alam....
tik..tok..tik..tok....lebih kurang sebulan dari sekarang akan menamatkan zaman bujang...
Alhamdulillah kerana sepanjang tempoh pertunangan tidak banyak rintangan yang berlaku.....harap semuanya akan berjalan lancar dan dapat menjadi pelengkap dalam kehidupan....

Alhamdulillah

 
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Wednesday, 21 March 2012

Biar 116 tahun, hidup mesti ceria

tertarik dengan kolumnis Sinar Harian yang ditulis oleh FARUSH KHAN....

Jom kita baca dan hayati....

Kalau rasa hidup ini satu bebanan, jika fikir nasib tidak menyebelahi kita, hati selalu gundah-gulana, jiwa tertekan dan suasana sekeliling membosankan; kita tiada apa-apa lagi untuk memberi kepada dunia dan berasa dunia juga tidak memberi sumbangan kepada kita; tunggu! Dunia belum berakhir.

Duduk dan fikir. Renungkan kehidupan Puan Ahmad, dari Perlis; Maimun Yusuf dari Kuala Terengganu, Christopher Plummer dari Amerika Syarikat, Fauja Singh, dari Britain; senarainya berterusan.

Puan, warga emas yang menjadi selebriti segera gara-gara kesilapan catatan umur dalam MyKadnya, boleh membakar semangat anda untuk terus hidup penuh harapan. Pada usia 116 tahun (bukan 15 tahun seperti tercatat dalam MyKadnya), Puan masih mampu menyatakan keinginannya untuk mencari teman hidup buat mengisi masa sunyi.

Pada usia 93 tahun, Maimun, yang kalah teruk pada PRU12 di Kuala Terengganu empat tahun lalu, sudah bangun kembali dengan jiwa membara untuk beraksi sekali lagi pada PRU13 yang akan berlangsung tidak lama lagi itu.

Pada usia 82 tahun, Christopher Plummer menjadi pemenang tertua Oscar Pelakon Pembantu Terbaik tahun ini melalui filem Beginners. Fauja Singh boleh membuat ramai daripada kita rasa malu. Dalam usia 100 tahun, warga Britain berketurunan India ini menamatkan larian maraton sejauh 10 kilometer di Hong Kong awal bulan lalu; tidak apa Guinness Book of World Records enggan mengiktirafnya sebagai pelari maraton paling tua di dunia kerana dia tidak menunjukkan sijil kelahirannya.

Bercakap mengenai usia, hanya seminggu yang lalu saya bersembang dengan seorang bekas pemimpin yang aktif dan berjaya, yang saya kenal sejak kira-kira 10 tahun lalu. Umurnya sudah pun mencecah 75 tahun, tetapi jelas masih sihat, jasmani dan mental.

Beruban (berapa kerat manusia yang masih berambut hitam pekat dalam usia sedemikian?) tapi pergerakannya pantas, jalannya sentiasa laju, wajahnya selalu menggambarkan keceriaan. ‘Alhamdulillah, syukur pada ALLAH,” ucapnya ringkas, apabila saya kata beliau nampak sihat.

Saya cemburu tetapi gembira untuknya. Moga ALLAH terus kurniakan kesihatan kepadanya. Tidak banyak yang saya tanya mengenai hidupnya masa lalu, tetapi beliau jujur dengan jawapannya.

Beliau tekun menulis, banyak membaca, gemar menjelajah, suka bertukar fikiran dan banyak memberi pendapat. Tidak pernah saya melihat beliau merokok. Dulu-dulu saya tidak tahu dan tidak tanya.
Nasihatnya, apa pun anda buat, pastikan jangan tinggal solat.

Sesungguhnya, usia bukanlah benteng yang boleh menyekat usaha seorang untuk mencapai hidup sihat dan sejahtera. Yang penting, kemahuan dan, seperti kata seorang rakan lagi, jiwa yang membara.
Mereka, yang walaupun sudah tua, tapi mempunyai keazaman dan cita-cita, boleh membakar semangat kita untuk terus menjalani hidup sepenuh mungkin, biar bagaimana tajam pun liku-likunya dan bagaimana curam lembahnya.

Janganlah kita fikir sudah berapa kali kita merayakan ulang tahun kelahiran kita atau sudah berapa lama kita bersara. Jangan bimbang kerana ia hanya nombor. Kata orang: Age is a question of mind over matter. If you don’t mind, it does not matter!

Benar sekali kata orang, sekiranya kita tidak pedulikan pasal usia, ia juga tidak hiraukan kita. Yang penting, kita perlu ingat dan yakin kejayaan sedia menanti kita selagi kita sanggup berusaha mencapainya.
Pasal usia lagi. Beberapa hari lalu, saya terserempak pula dengan seorang lagi rakan berusia 72 tahun di klinik.

“Saya silap makan; tak kawal dua tiga hari ini. Macam keretalah, kena hantar service,” katanya berseloroh. Antara membaca dan menunggu giliran, kami bersembang ikut apa yang terlintas dalam fikiran. Cerita kampung, kisah surau dan keluarga.

“Katakan diberi peluang hidup sampai 200 tahun, awak nak ke?,” saya melontar pertanyaan, separuh berseloroh, separuh serius. Kami berpandangan, tiada jawapan, sama-sama gelak besar. Ah! Lupakan, yang penting terima apa yang ALLAH kurniakan sekarang dan rancang dengan apa yang bakal datang.

Apa akan jadi seminit dari sekarang, esok, lusa, tulat dan seterusnya di luar kemampuan dan kawalan kita. Sedikit untuk tatapan. Berdasarkan statistik 2010, terdapat hampir 27,300 warga berusia lebih 100 tahun di Malaysia; ramai masih aktif dan berdikari.

Jadi, tengoklah sekeliling. Lihatlah laut yang luas terbentang, pandanglah langit biru. Cakerawala masih luas untuk kita nikmati, masih banyak yang menanti. Hidup dan mati bukan di tangan kita. Angin yang kita sedut, makanan yang kita telan; keindahan yang kita nikmati, bumi yang kita pijak; nadi yang berdenyut dan nyawa yang dipinjamkan kepada kita, semua itu milik siapa?

Friday, 16 March 2012

Perjalanan....



Sudah lama x ketemu...dah bersawang...aduhai blogku sayang...
Tiada apa yang nak dicoretkan....
tiada kata seindah bahasa...

hari ni macam ada masa sikit nak update...
sedar2 dah hampir 6 bulan aku dekat Wisma Putra...
meninggalkan tugasan aku di PAJPM....tapi khidmat aku masih diperlukan..
aku sgt suka dengan tugasan aku di PAJPM...tapi mungkin perlu beri peluang kepada orang lain untuk belajar kerja tersebut....

Dah masuk bulan 3...16 Mac 2012...pertengahan bulan 3..pejam celik pejam celik dah suku tahun 2012...Tahun ni mungkin akan membawa sejuta warna kebahagiaan dalam hidup aku...hope semua berjalan dengan lancar dan aku dapat harungi dengan tenang...

Alhamdulillah x lama lagi aku akan ada satu lagi komitmen baru dalam hidup...komitmen yang pastinya memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran..Aku bersyukur atas peluang yang telah diberikan..Rasa sgt2 terharu atas peluang tersebut....

Semoga perjalanan hidup aku di tahun 2012 ini akan membawa sinar dan dipermudahkan segala urusan Dunia dan Akhirat...Amin...


~ shedone~

Monday, 13 February 2012

rasa

penuh dengan macam2 dalam fikiran.....ape ye????

1. risaukan kesihatan ayah kat kg...
2. berbunga-bunga untuk menghadapi sesuatu....
3. rindu....

today....13 Feb 2012
dah tersenarai untuk kursus pre-posting...1st modul Kewangan....adakah dalam masa terdekat???mungkin tak kot....kalau boleh biar la sampai aku selesaikan urusan ku dulu...

sampai sini dulu....xtau nak tulis apa dah....

bubbye...

~shedone~