Wednesday, 9 January 2013

~Semangat~

Bukan main lagi tajuk...

Sebenarnya baru balik lunch..so saja nak update sikit..kenapa nak buat entry pasal semangat ni sebenarnya...

kadang-kadang kita kena tahu hukum alam bahawa sekiranya datang 2 perkara/ benda dalam satu masa, kita kena memilih untuk mendapatkan 1 perkara sahaja...itulah hukum yang telah ditetapkan..mungkin 2 benda yang baik kita tidak boleh dapat dalam 1 masa...kita kena bijak untuk memilih dan apa matlamat kita...

Aku ni pon bukan kata sesapa..tapi kadang2 aku pon akan melalui perkara yang sama..as long kita tau apa matlamat kita, semua will be ok...so kita akan happy dengan keputusan yang kita buat...jangan bila kita dah buat sesuatu keputusan tu, kita akan rasa menyesal...sepatutnya kita kena berfikiran bahawa itulah yang aku perlukan dan aku telah fikirkan untuk perkara itu....

Dengar macam aku ni positif kan...seperti yang aku katakan tadi, hukum alam...kadang-kadang aku dibawah, kadang-kadang aku di atas..so kita yang perlu menentukan matlamat hidup kita...jangan disebabkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku pada seseorang maka kita mengangap perkara itu tak elok..mungkin bukan rezeki pada orang tu...dan sapa yang akan sangka kita akan boleh berjaya...

kita perlu berdoa supaya apa saja keputusan yang kita buat adalah yang terbaik untuk kita dan keluarga kita...jang biar ada sesiapa pun yang akan menyesal dengan keputusan yang telah kita ambil..so berjuanglah untuk kehidupan yang lebih baik...bahagialah dengan kehidupan kita kerana Allah lebih tahu apa yang akan berlaku..janganlah menangisi/menyesal setiap perkara yang telah berlaku..

Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya....

sehingga bertemu lagi dan jangan patah semangat untuk terus berusaha...

~shedone~