Tuesday, 15 July 2014

Beraya di Perantauan

Assalamulaikum...

Coretan pertama bagi tahun 2014..secara tak langsung memang blog ni dah bersawang dan perlu dikemas...

Berbalik kepada tajuk..memang gempak kan tajuk tu...hahahah
sebenarnya inilah buat kali pertama saya tidak dapat balik beraya di kampung..bukan kerana saya tak nak balik..kalau ikutkan hati memang saya nak balik beraya di kampung halaman..tapi kerana tugas, saya gagahkan juga..tapi InsyaAllah selepas raya saya akan balik juga..

Buat pertama kalinya saya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Perantauan..bunyi macam jauh je kan..sebenarnya xde la jauh mane sgt pon..cuma di Bangkok je kalau nak banding dengan kawan2 saya yang lebih jauh dan komuniti muslim yang kecik..

Alhamdulillah walaupon berpuasa tahun ni di Bangkok, aktiviti bulan puasa masih berjalan macam dekat Malaysia..cuma xde la nak pegi bazar ramadhan lagi..semua masak dekat rumah atau pegi majlis berbuka puasa anjuran je...

Perkara yang tak sama dengan Malaysia adalah tak boleh pegi shopping baju raya terutama baju melayu dan songkok..kesian si anak sebab tak boleh beli baju raya..maka dengan itu, kita kembali kepada fitrah untuk bersederhana dalam menyambut hari raya..

Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam..


~Shedone~

No comments:

Post a Comment